selamat datang pacik macik sekalian ke blog saya yang ta seberape niy :)) ini kisah saya nuratiqa:))

♥ plzzz take this note ya sayang ♥

dear readers..
u are free to take anything here..
i really dont mind if u wanna share or copy my entries or my words..
and you can do it without seeking my approval..
and u can do it without crediting to me..
i really dont mind because all ideas i got..its belong to Allah not mine..

bismillah

bismillah ya allah ya tuhanku sesungguhnya aku memohon kepadamu ilmu yang beermanfaat amalan yang di terima dan rezeki yang baik ya allah ya tuhanku terang kan lah hati ku ya allah , dan terang kan lah hati orang2 yang aku sayangi , bagi lah hamba mu ini kejayaan ya allah kerana ingin menduduki SPM pada tahun ini . hanya kepada mu aku meminta dan aku berserah .AMIN :')

kenduri kawin :D

okee okeeee . tadi best peri kenduri kawin dgn kak onie dan adex ain . :'D sebenar nya aku suka sangat tengok orang kawin , tak tahu kenapa mcm suwiittt ja ...  
 woi  korang2 tanak berlaki ke?? kalau kawin ajak aku . aku lama lagi . HAHAHAHA

hai si cantek dan si hengsem, assalamualaikum w.b.h


biadap betei aku lambat bagi salam dah la patbelastahun tak apdet belog pastu terus mukadimah nak hai hai jotos lelaju kang (--")


                          *okeee sila abai kan baju aku dgn ain neh , mmg sama . HAR HAR HAR  
           




                                      #tengok kami sooo suwiiittttt . HAHAHAHAH  


                           #kaka onie comeyyhhmeyhh . i lap you    oke baju kita tak sama . HAHA





*well biasa lah kalau perempuan dapat bergambar . HAHAHAH 


 bila dah kenyang maka pulanglah lah kau ke jalan yang benar


seronok jugak G kenduri kawin neh  ye dak? kawan kawan pun ramai je datang. jeles betei..ish acane ni nak kawin jugaakk. makkkk..

nak mati kau ika kawin awal ? HAHAHAHAH

SENGET SATU DAN DUA . OKE BYE sayang :)

I'm Sharing Just Now:)

hati yang tak di peduli -,-"

Bila kita sayang seseorang dengan sepenuh jiwa kita, kita sanggup lakukan apa saja.

Telan yang pahit.
Terima yang kurang.
Sanggup berhutang.
Berkorban masa.

Asalkan?

Asalkan orang yang kau sayang itu menyenangkan hati kau.

Bila kita mempersoalkan pasal benda buruk yang ada pada pasangan kita, itu bukan bermakna dia tak terima kau seadanya. Dia sayangkan kau. Dia nak kau berubah demi kebaikkan. Jangan cepat melatah dan cakap pasangan kau tak terima kau seadanya. Bagi aku, itu alasan yang sangat bangsat.

Hati manusia macam bom jangka. Sekali dia meletup takkan bercantum semula. Walaupun kau rajin dan sungguh-sungguh kutip sisa letupan tu, takkan sama dengan masa hati itu masih bulat dan tak berderai satu-satu.

Setiap keputusan dalam hidup kita ini, KITA YANG TENTUKAN. Orang terdekat hanya boleh kasi pandangan dan nasihat. Sebab takut kalau apa-apa jadi di masa akan datang, orang terdekat dipersalahkan. Tapi, ia boleh jadi sebaliknya bila kita terima cakap-cakap, selfishnya kau ni atau fikirkanlah tentang orang ini.

Dan lumrahnya, memang selalu kita kena jaga hati yang ramai itu dulu. Hati kita yang satu tak ada siapa peduli. Dan hati yang tak dipedulikan terpaksa makan hati sendiri untuk pura-pura happy.

Selalunya, kita akan kuat dan tetap dengan pendirian kita bila 'orang-orang kuat' sentiasa memberi sokongan dengan setiap keputusan yang kita buat. Tapi bila 'orang-orang kuat' ini pun tak memberi kau sebarang sokongan, memang tidak ada apa yang tinggal kecuali kau ikutkan. Dan yang sebenarnya kau tau, kau mampu. Lebih mampu dari apa yang kau hadapi sekarang.

Tapi melihat 'orang-orang kuat' kau menangis, kau mampu?
TAK.

Hidup kita ni bertingkat-tingkat. Kadang kita kat tingkat atas, kadang kat tingkat tengah dan kadang kat tingkat paling bawah. Berada di tingkat paling bawah tak bermaksud kau akan selama-lamanya berada di sana. Kalau lif rosak untuk naik tingkat atas, masih ada tangga kau boleh panjat.

Kita tak boleh paksa atau suruh orang ikut keputusan kita sebab kita tak rasa dan hidup kita semua tak sama. Cubalah bagi peluang dia buat keputusan sendiri. Apa yang kau cuma perlu buat, bagi sokongan lagi.

I'm done.
I'm Sharing Just Now:)

bila orang yang kau sayang TET TET -,-"

Bila orang yang kau sayang,
Berubah sikit asalkan kau happy.

Bila orang yang kau sayang,
Tanya 'How's your day today, Sayang?,'

Bila orang yang kau sayang,
Usap-usap ubun rambut kau dan kata 'It's gonna be ok,'

Bila orang yang kau sayang,
Peluk kau lebih kuat dari kau peluk dia.

Bila orang yang kau sayang,
Tanya 'Dah sapedek belum?,'

Bila orang yang kau sayang,
Sentiasa ada bila kau perlukan seseorang.

Bila orang yang kau sayang,
Ingat segala sweet moments korang berdua.

Bila orang yang kau sayang,
Masih layan dan sayangkan kau sama macam dipertemuan pertama.

Sengih sampai belakang kepala.
Dia punya happy tu sampai tak makan pun takpa.

Tapi apa yang selalu terjadi adalah, kita lupa apa yang kita buat sebelum kita dapat. Kita lupa yang kita dah berhabis duit dan tenaga untuk mengejar orang yang kita puja. Walaupun masa sangat terhad, tetap kita gagah jumpa dan luangkan masa dengan dia. Duit tak ada, memang pokai tahap mega tapi tetap kita call atau sms untuk maintainkan perasaan sayang dan tanggung perasaan rindu.

Tapi lepas semua yang kita usaha kita dah dapat, semua yang kita pernah buat kita lupa satu-satu. Bila ajak jumpa, kata asyik nak berkepit. Bila tanya kenapa tak balas sms atau call pun boleh jadi marah. Bila tanya kat mana atau dengan siapa, rasa terkongkong.

Yang indah semua bertukar jadi menyampah.
Tengok muka rasa nak ludah.

Ini kesilapan yang paling ketara dalam mana-mana hubungan. Masalah untuk maintainkan apa yang pernah kita buat pada pasangan kita. Cuba bagi aku sebab kenapa nak kena berubah lepas kau dah dapat orang yang kau nak tu?

Bosan? Kalau bosan, cakap.
Dah taknak? Pun cakap.

Memang lah mula-mula tu sakit. Tapi takdelah sampai rasa nak mati macam tak ada Tuhan pulak kau ni. Hidup ni kena sentiasa pandang ke depan. Kalau kau taknak dia, mesti ada orang lain nak. Kita memang dah disediakan jodoh sejak kita lahir lagi. Kalau ada orang yang tak kahwin lagi sampai tua atau sampai dia mati, mungkin jodoh atau pasangan dia dah mati dulu sebelum mereka berjumpa.

Macam orang lain selalu kata lah.
Soal rezeki, jodoh dan ajal bukan kerja kita.
Itu kerja Tuhan.

And it's all about qada' & qadar.
It's not about karma.
I'm Sharing Just Now:)

bali bali . MUAHAHAHAHAHAHA

:21.12.

#okeeee best g mancing udang kat bali2 tooh . hHAHHAHAHA . *oke batak sbb aku baru pertama kali g sana* ........


#okee sep skid superHEROOO kiteee nehh .






#oke saje post pic neh , tak ade kene mengena dengan yang hidup mahu pon yg meninggal dunia . muehehehehehehehehehe


_makanan kat bali2 neh aku bagi 2/5 bintang , sebb tak sodap ! okeee bia aku ulang lagi sekali ! TAK SEDAP ! hahahahahha...

*kbaiiiiiiiii
I'm Sharing Just Now:)

merasai kehilangan..

assalamualaikum...






kepada yang pernah merasai kehilangan...
pernah tak..
tengah malam kite terjaga dari tidur..kita tiba2 terasa rindu..rindu yang sangat2 mencengkam..namun rindu itu tak pernah dapat diluahkan..

pernah tak..kite terasa seperti baru semalam dia ada disisi kite..seperti semalam kita baru bercakap dengannya..seperti semalam kita mendengar tawanya..namun bila kite tersedar dari mimpi..rupanya dah lama dia pergi...

pernah tak..kite terasa seperti mahu mencari carinya..namun bila kita teringat dia sudah pergi..kita tiba2 rasa sunyi dan kosong..semakin kita melupakan..semakin kenangan bersama dia datang menggila..

pernah tak kite terasa begitu mahu bertengkar dengannya..seperti kita mahu memberitahu yang kite sangat benci perangainya..seperti kita mahu memberitahu yang kita sangat sayang padanya?dulu..semasa dia ada..walau marah..walau benci..walau geram..walau sayang..walau cinta..kita boleh call je bagaitau..kita boleh sound depan2 je..kite bleh buat2 merajuk dengan harapan dia pujuk..

tapi bila dia dah tiada..pada siapa lagi kita mahu melepaskan marah?dia tiada mendengar..pada siapa lagi kita mahu memberitahu sayang dan cinta kita??dia tiada mengerti sudah..pada siapa lagi kita mahu merajuk untuk dipujuk?dia tiada melihat..dia tiada..tiada yang tak mungkin akan ada lagi..

pada saat itulah..kite sedar yang kita benar2 sudah kehilangannnya..kite sedar yang dia tak akan datang untuk melihat kita menangis dan tertawa lagi..kite sedar yang segala galanya tentang dia sudah berakhir..dia ada dunianya sendiri..dunia dimana dia dengan tuhan..bila saat itu tiba..sudah tiada guna airmata..sudah tiada guna sesalan..sudah tiada guna cinta yang tak terucapkan..sudah tiada guna hadiah yang tak terberi..sudah tiada maaf yang tak terpohon..yang ada mungkin kenangan...

kenangan yang kadangkala manis..kadangkala perit..tapi itulah yang tinggal..

"hidup seperti ini..kita melewati jalan ini hanya sekali..kita menyusuri sungai ini hanya sekali..kita melalui taman ini hanya sekali..kadangkala kite tiada kesempatan utk melewati jalan itu untuk kedua kali..kadangkala kite tiada punya waktu untuk menyusuri sungai itu lagi..kadangkala detik untuk kite terlalu singkat untuk melalui taman itu kembali..maka..selagi kita masih dijalan itu..selagi kite berada didalam sungai itu..selagi kita berjalan ditaman itu..sekiranya kita ada peluang untuk mengembirakan mana2 hati yang kita sayang..maka..gembirakanlah mereka selagi peluang itu masih tersisa.."
I'm Sharing Just Now:)