selamat datang pacik macik sekalian ke blog saya yang ta seberape niy :)) ini kisah saya nuratiqa:))

♥ plzzz take this note ya sayang ♥

dear readers..
u are free to take anything here..
i really dont mind if u wanna share or copy my entries or my words..
and you can do it without seeking my approval..
and u can do it without crediting to me..
i really dont mind because all ideas i got..its belong to Allah not mine..

bismillah

bismillah ya allah ya tuhanku sesungguhnya aku memohon kepadamu ilmu yang beermanfaat amalan yang di terima dan rezeki yang baik ya allah ya tuhanku terang kan lah hati ku ya allah , dan terang kan lah hati orang2 yang aku sayangi , bagi lah hamba mu ini kejayaan ya allah kerana ingin menduduki SPM pada tahun ini . hanya kepada mu aku meminta dan aku berserah .AMIN :')

hati yang tak di peduli -,-"

Bila kita sayang seseorang dengan sepenuh jiwa kita, kita sanggup lakukan apa saja.

Telan yang pahit.
Terima yang kurang.
Sanggup berhutang.
Berkorban masa.

Asalkan?

Asalkan orang yang kau sayang itu menyenangkan hati kau.

Bila kita mempersoalkan pasal benda buruk yang ada pada pasangan kita, itu bukan bermakna dia tak terima kau seadanya. Dia sayangkan kau. Dia nak kau berubah demi kebaikkan. Jangan cepat melatah dan cakap pasangan kau tak terima kau seadanya. Bagi aku, itu alasan yang sangat bangsat.

Hati manusia macam bom jangka. Sekali dia meletup takkan bercantum semula. Walaupun kau rajin dan sungguh-sungguh kutip sisa letupan tu, takkan sama dengan masa hati itu masih bulat dan tak berderai satu-satu.

Setiap keputusan dalam hidup kita ini, KITA YANG TENTUKAN. Orang terdekat hanya boleh kasi pandangan dan nasihat. Sebab takut kalau apa-apa jadi di masa akan datang, orang terdekat dipersalahkan. Tapi, ia boleh jadi sebaliknya bila kita terima cakap-cakap, selfishnya kau ni atau fikirkanlah tentang orang ini.

Dan lumrahnya, memang selalu kita kena jaga hati yang ramai itu dulu. Hati kita yang satu tak ada siapa peduli. Dan hati yang tak dipedulikan terpaksa makan hati sendiri untuk pura-pura happy.

Selalunya, kita akan kuat dan tetap dengan pendirian kita bila 'orang-orang kuat' sentiasa memberi sokongan dengan setiap keputusan yang kita buat. Tapi bila 'orang-orang kuat' ini pun tak memberi kau sebarang sokongan, memang tidak ada apa yang tinggal kecuali kau ikutkan. Dan yang sebenarnya kau tau, kau mampu. Lebih mampu dari apa yang kau hadapi sekarang.

Tapi melihat 'orang-orang kuat' kau menangis, kau mampu?
TAK.

Hidup kita ni bertingkat-tingkat. Kadang kita kat tingkat atas, kadang kat tingkat tengah dan kadang kat tingkat paling bawah. Berada di tingkat paling bawah tak bermaksud kau akan selama-lamanya berada di sana. Kalau lif rosak untuk naik tingkat atas, masih ada tangga kau boleh panjat.

Kita tak boleh paksa atau suruh orang ikut keputusan kita sebab kita tak rasa dan hidup kita semua tak sama. Cubalah bagi peluang dia buat keputusan sendiri. Apa yang kau cuma perlu buat, bagi sokongan lagi.

I'm done.
I'm Sharing Just Now:)

No comments:

Post a Comment