Aku kalau nak buat post baru, tajuk aku lantak je dulu. nanti dah siap taip baru letak je apa terlintas, macam post hari tu lah. pikir tajuk je dah setengah jam, sempat aku main game plant vs zombie dulu. pastu kalah. oh dem kuasa tiga.
Hari ni sabtu, sapa duk utara hari ni ahad. Ahad depa monday blues ngeh ngeh Pagi tadi bangun lambat, tak pagi sangat lah, subuh dinasour pun cool je. kalau makcik sebelah skodeng ikut tingkap mesti dia pikir 'bagus anak dara ni..solat sunat dhuha..murah rezeki' tak ke lepas konvo nanti dia pinang aku? welkam to my club makcik haha Ah, isnin ni ada paper lagi, jumaat baru last! argghh padan muka hang
ladies and gentlemen,
*perenggan baru
Aku tau korang mesti dah tengok punta. eh, punya. lantak ah, malas nak tekan backspace. makan masa. lepas ni kalau nak sindir kawan serumah, mak mertua yang menumpang ke boleh la buat macam tu. kalau nak makan penerajang lah. apa pun, aku nak cakap afdlin shauki memang kreatip abes.
Kalau tengok tak yah nak gelak kuat kuat sangat la. nanti makcik sebelah cancel nak pinang buat menantu. gelak tekup muka kat bantal macam aku orait gak. lebih sopan, versetail. takpun simpan, nanti masuk jamban gelak kat mangkuk. fuu gerek gilaa. layaann
bukan susah nak eratkan silaturrahim yang baik
ikut tips prof. Sir Tap Hatemanak
ingat,
gunakan kata yang indah indah, elok elok dan tenang,
pandang mata ke atas,
dan akhir sekali
tangan ke dada.
sindir menyindir lah dengan betul!
sentapp hati mak nakk.
yess, dapat dah tajuk!
haha ;)
p/s: terima kasih tak terhingga buat kalian yang menyokong
No comments:
Post a Comment